25 November, 2009

Resepi Puding Buah-buahan Campuran

Resepi Puding Buah-buahan Campuran ini disumbangkan oleh Puan Hajah Rohani dari Segamat, Johor.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 2 cawan tepung jagung
  • 10 cawan air sejuk
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil pewarna merah
Cara menyediakannya :
  1. Campurkan kesemua bahan-bahan tersebut di dalam periuk dan masak di atas api yang perlahan. Gaul rata-rata sehingga pekat dan berkilat.
  2. Masukkan ke dalam acuan puding dan sejukkan.

Bahan-bahan untuk membuat kuah :
  • 1 tin susu cair
  • 3 tin air sejuk (sukatan mengikut tin susu cair)
  • 1 cawan gula
  • 4 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
  • 2 tin laici
  • 1 tin buah-buahan campuran dalam tin
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
Cara menyediakannya :
  1. Di dalam periuk, campurkan susu cair, air sejuk, gula dan bancuhan tepung kastard serta esen vanilla.
  2. Masak di atas api yang perlahan dan gaul sehingga ia mendidih.
  3. Tutup api dan sejukkan.
  4. Campurkan laici dan buah-buahan campuran, lalu hidangkan bersama puding tadi.

Selamat Mencuba. Komen dari anda tentang resepi puding buah-buahan campuran ini amat dialu-alukan.

Resepi Sambal Daging Sri Puncak

Resepi Sambal Daging Sri Puncak ini disumbangkan oleh Puan Umi Kalthom dari Taiping, Perak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 kilogram daging (dipotong lebar, bersihkan dan direbus sehingga lembut, carik-carikkan halus.
  • 5 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 batang serai (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci kunyit (dikisar)
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh ketumbar (sangai dan tumbuk)
  • 1/2 sudu teh jintan manis
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1/2 cawan minyak masak
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan cili dan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan garing.
  2. Masukkan garam, gula, air asam jawa dan gaul rata.
  3. Masukkan santan, daging yang telah dicarik-carik dan gaul rata.
  4. Masukkan ketumbar, dan gaul selalu sehingga ia kering.
  5. Boleh dihidangkan bersama ketupat, nasi himpit atau lemang.




Selamat mencuba. Anda dipersilakan untuk memberi komen mengenai resepi Sambal Daging Sri Puncak ini.

24 November, 2009

Resepi Laksa Goreng Makanan Laut

Resepi Laksa Goreng Makanan Laut ini disumbangkan oleh Puan Hajah Rohani dari Segamat, Johor.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 paket laksa beras (direbus sehingga empuk dan toskan)
  • 1 cawan udang (dibuang kepala)
  • 4 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 2 cawan taugeh
  • 1 cawan kucai (dipotong pada ukuran 1 inci)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu besar udang kering (dikisar)
  • 2 sudu besar taucu
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 keping kek ikan (dipotong kiub)
  • 5 biji bebola udang (dibelah dua)
Cara memasak :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan cili kisar, udang dan sotong dan kacau rata.
  3. Masukkan sos-sos di atas, kicap serta taucu dan gaul rata.
  4. Masukkan laksa, kucai, kek ikan, bebola udang dan kacau sehingga bahan-bahan tersebut mesra.
  5. Masukkan taugeh dan kacau sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama cili jeruk.

Selamat mencuba. Anda dipersilakan untuk memberi komen mengenai resepi Laksa Goreng Makanan Laut ini.

Resepi Udang Kasturi

Resepi Udang Kasturi ini disumbangkan oleh Puan Wan Hasnah dari Johor Bahru, Johor.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 kilogram udang besar
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 6 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 tangkai cili padi (dibelah dua)
  • 1 keping kiub ikan bilis
  • 1 keping kiub tomyam
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh jus limau kasturi
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara memasak :
  1. Cuci / bersihkan udang dan toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis serai serta bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  4. Masukkan cili padi, kiub ikan bilis, kiub tomyam, garam, gula dan air. Kacau sehingga rata.
  5. Masukkan udang dan kacau lagi.
  6. Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih. Taburkan daun limau purut dan juga jus limau kasturi. Kacau dengan perlahan sehingga ia pekat.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba. Anda dipersilakan untuk memberi komen mengenai resepi Udang Kasturi ini.

13 Oktober, 2009

Cara Mudah Memotong Buah Kiwi

Setelah dibuang kulit, buah kiwi agak lembut dan payah untuk dipotong nipis. Untuk memudahkan dan mempercepatkan kerja, gunakan pemotong telur untuk mendapatkan hirisan kiwi yang cantik dan sekata. Selamat mencuba.