24 November, 2009

Resepi Laksa Goreng Makanan Laut

Resepi Laksa Goreng Makanan Laut ini disumbangkan oleh Puan Hajah Rohani dari Segamat, Johor.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 paket laksa beras (direbus sehingga empuk dan toskan)
  • 1 cawan udang (dibuang kepala)
  • 4 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 2 cawan taugeh
  • 1 cawan kucai (dipotong pada ukuran 1 inci)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu besar udang kering (dikisar)
  • 2 sudu besar taucu
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 keping kek ikan (dipotong kiub)
  • 5 biji bebola udang (dibelah dua)
Cara memasak :

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.
  2. Masukkan cili kisar, udang dan sotong dan kacau rata.
  3. Masukkan sos-sos di atas, kicap serta taucu dan gaul rata.
  4. Masukkan laksa, kucai, kek ikan, bebola udang dan kacau sehingga bahan-bahan tersebut mesra.
  5. Masukkan taugeh dan kacau sebentar. Tutup api dan boleh dihidangkan bersama cili jeruk.

Selamat mencuba. Anda dipersilakan untuk memberi komen mengenai resepi Laksa Goreng Makanan Laut ini.

0 comments:

Catat Ulasan