24 November, 2009

Resepi Udang Kasturi

Resepi Udang Kasturi ini disumbangkan oleh Puan Wan Hasnah dari Johor Bahru, Johor.

Bahan-bahan yang diperlukan :
  • 1 kilogram udang besar
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 3 batang serai (dititik)
  • 1 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 2 inci halia (dikisar)
  • 1 inci lengkuas (dikisar)
  • 6 ulas bawang merah (dikisar)
  • 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 6 tangkai cili padi (dibelah dua)
  • 1 keping kiub ikan bilis
  • 1 keping kiub tomyam
  • 1 cawan santan
  • 1 cawan air
  • 2 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh jus limau kasturi
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara memasak :
  1. Cuci / bersihkan udang dan toskan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis serai serta bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing.
  4. Masukkan cili padi, kiub ikan bilis, kiub tomyam, garam, gula dan air. Kacau sehingga rata.
  5. Masukkan udang dan kacau lagi.
  6. Tuangkan santan dan masak sehingga mendidih. Taburkan daun limau purut dan juga jus limau kasturi. Kacau dengan perlahan sehingga ia pekat.
  7. Tutup api dan hidangkan.

Selamat mencuba. Anda dipersilakan untuk memberi komen mengenai resepi Udang Kasturi ini.

0 comments:

Catat Ulasan